Kau kanak-kanak biasa yang ingin bebas bermain di sana sini,
Kau remaja biasa yang ingin menikmati usia zaman muda-mudi,
Kau wanita biasa yang ingin disayangi dan dihargai,
Dan kau manusia biasa yang inginkan kebebasan diri.
Namun sukar untuk masyarakat mengerti,
Bahawa semuanya sudah tidak kaumiliki,
Di tanah kelahiran sendiri kau telah diusir pergi,
Dan kini kau berada di negeri yang tidak pernah kau
kunjungi,
Kau hanya mengharapkan ihsan manusiawi di negeri ini,
Agar diri kau tidak dicaci maki,
Agar diri kau turut
diberi hak untuk memiliki dan dihargai,
Tanpa harus mengadaikan maruah yang dimiliki,
Kerana dunia ini milik pencipta yang hakiki.
SALAM ROHINGYA
2.32 AM
15/10/16 (SABTU)
14 MUHARRAM 1438H
Puisi ringkas ini adalah hasil nulilan saya sendiri. Semasa tahun 2015, selama sebulan saya terlibat untuk program bersama kanak-kanak Rohingya di Knowledge Garden Learning Center, Serdang. Sungguh ia antara pengalaman berharga yang saya meliki. Mengenali mereka pada mulanya amatlah sukar kerana mereka tidak fasih bertutur dalam bahasa malaysia mahupun english. Keadaan sekolah yang diusahakan oleh pelarian Rohingya yang telah lama menetap di sini dengan bantuan NGO sangatlah daif. Namun, bantuan yang berterusan dihulurkan oleh orang awam saban hari dan kesedaran semua pihak untuk membantu, membuatkan sekolah ini dapat terus bertahan.