Thursday, December 29, 2016

OKU TIADA BEZA



     Perlembagaan Persekutuan dan akta di Malaysia melindungi setiap orang tanpa membezakan sama ada seseorang itu cukup sifat (sempurna) mahupun OKU untuk bebas bergerak dan melakukan apa sahaja selagi tidak bercanggah dengan undang-undang. Hak OKU mula menjadi perhatian setelah wujudnya Akta Orang Kurang Upaya 2008. Malah, golongan istimewa ini mendapat perhatian kerajaan Malaysia apabila Malayia bersetuju menandatangani Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) 2010.



DEFINISI OKU
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam  masyarakat”.

7 KATEGORI OKU
1.       Kurang Upaya Pendengaran
2.       Kurang Upaya Penglihatan
3.       Kurang Upaya Pertuturan
4.       Kurang Upaya Fizikal
5.       Malasah Pembelajaran
6.       Kurang Upaya Mental
7.    Pelbagai (multiple disabilities) – mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan

 Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, sebanyak 498,906 Orang Kurang Upaya (OKU) telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Februari 2015 lepas bagi mendapatkan kad OKU. Menurutnya,  OKU paling ramai mendaftar ialah golongan yang mengalami masalah pembelajaran iaitu 180,067 orang dan diikuti masalah fizikal (163,809), masalah pendengaran (59,161), masalah penglihatan (46,875), masalah mental (20,492), masalah pertuturan (3,717) dan 24,785 yang mempunyai masalah pelbagai kombinasi.

Namun, tidak dapat kita nafikan sekiranya golongan ini diberikan peluang dan hak yang sewajarnya, mereka mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan manusia sempurna lain. Ramai di antara mereka telah membuktikan kejayaan masing-masing dalam bidang akademik mahupun sukan yang diceburi. Antaranya pelajar UKM berikut.

Nur Izzati Hazwani Abdul Hadi, 23, 
penerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sejarah UKM


Mereka ini perlu diberikan keadilan sesuai dengan kemampuan mereka, misalnya diberi kemudahan dan keperluan yang berseuaian bagi membantu mereka menjalani hari-hari ini. Insan-insan ini berhak untuk dilayan dan dihormati seperti manusia lain. Sewajarnya kita yang sempurna untuk turut menghargai dan menghormati perasaan insan lain dan menghulurkan bantuan yang semampunya. 

Jom kita selami sikit perasaan mereka melalui lagu ni :)


Lirik Namun Ku Punya Hati - Revolvers


Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah,
Mataku tak seayu,
Kicau burung pun tak semerdu.

Namun ku punya hati,
Juga gayaku perasaan,
Hidupku yang sebegini,
Kadar waktu diizin Tuhan.

Tidakku minta,
Lahir ke dunia,
Tidakku duga,
Cacat begini,
Bukanku pinta,
Kasih dan saying,
Bukan ku rayu bantu simpati.

Maafkan wahai teman,
Kumenumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa ku pergi jua



DIA

Sahabat pertama luar biasa,
Sentiasa setia di sisi sahabatnya,
Sentiasa ingin berbahagi bahagia,
Walaupun hakikatnya kita tidak punya apa-apa.

Semangat dijiwa  pantang mengalah,
Segala cabaran di ambil sabar,
Nasihat diterima penuh hikmah,
Pandangan negatif dibiar lemau, 
Supaya diri tidak menjadi lemah.

Kuatlah engkau sahabat,
Menjadi inspirasi yang lain untuk kekal semangat,
kerana dirimu amatlah hebat. 

-dia syaza-


Saturday, December 10, 2016

WANITA DAN PENDIDIKAN


IBU ZAIN DALAM PENDIDIKAN


        Tan Sri Hajjah Zainon bte Munshi Sulaiman (22 Januari 1903 - 2 April 1989) atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain merupakan tokoh pendidik dan politik wanita terkenal. Pencapaiannya dalam pendidikan yang sangat membanggakan dan tidak ramai mampu miliki terutamanya anak gadis ketika itu iaitu, berjaya sehingga lulus Junior Cambridge.

       Kejayaan yang dicapainya dikongsi pula dengan masyarakat. Semuda usia 17 tahun, Ibu Zain telah menubuhkan sebuah sekolah di Pasuh Jaya, Negeri Sembilan. Beliau ingin melihat lebih ramai kaum wanita yang pandai membaca dan menulis kerana ilmu merupakan kunci yang membentuk jati diri beliau sendiri.

         Namun itu cerita dulu, ketika wanita sukar untuk diberi peluang dalam bidang pendidikan. Kanak-kanak wanita dulu tidak dihantar ke sekolah dan kebanyakan ibu bapa dulu tidak sedar tentang kepentingan wanita untuk mendapat pendidikan kerana wanita dilihat lebih penting dalam menguruskan keluarga sahaja. Hari ini di Malaysia, pendidikan diberikan kepada semua rakyat, lelaki mahupun wanita supaya masing-masing dapat mengembangkan potensi diri dan menyumbang peranan kepada masyarakat. 

         Namun kini, timbul isu wanita berpendidikan tidak mahu berkahwin dan lebih memilih untuk hidup sendiri dan bekerjaya. Bagi saya, soal berkahwin atau tidak ialah soal diri wanita itu. Kamahuan dan kehendaknya. Mungkin wanita itu mempunyai kisah hidup atau sejarah mengenai lelaki yang kita sendiri tidak mengetahui. Sedangkan mendapat pendidikan adalah hak wanita juga. Hak yang tidak boleh dinafikan kerana kelak walaupun wanita berpendidikan itu memilih untuk menjadi seorang suri rumah, dialah wanita terhebat yang mampu mendidik anaknya.

         Maka, wanita dan pendidikan amat penting. Tangan yang menghayun buaian akan menggoncang dunia. Tangan itu ialah tangan wanita. Bagaimana mahu melahirkan pemimpin dunia kelak jika kita hari ini cuma menafikan hak ibunya untuk mendapat pendidikan yang sewajarnya. 

         Semoga nanti saya sempat berkongsi cerita dan pendapat mengenai seorang insan hebat iaitu Malala Yousafzai, penerima termuda Hadiah Keamanan Nobel dan pejuang hak pendidikan kanak-kanak di Pakistan. Nantikan ye :)

Friday, December 9, 2016

LAGU BUATMU - SELAMAT MALAM ROHINGYA




Selamat malam Rohingya
Meski lena mu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untuk mu
Sejahteralah selalu

Selamat malam Rohingya
Esok kan ada matahari
Berbanyaklah berdoa
Jangan kau terlepas talinya

                                             (Lirik lagu Selamat Malam Rohingya-SAHABAT)

         Lagu Selamat Malam Rohingya, lagu yang didedikasikan khas buat mereka. Kita tak kenal pun mereka ini tetapi sering kali kita memandang hina pada manusia ini. Mereka juga manusia. Punya hati dan perasaan. Sama dan persis seperti kita. Cuma bezanya kita warganegara dan mereka BUKAN. Kadang-kadang kita sengaja memilih untuk tidak memahami mereka kerana bagi kita, kitalah yang lebih berhak ke atas negara Malaysia ini. Mereka hanya penumpang, Adat menumpang, harus pulang ke negara asal mereka. Tak begitu?

   Usah berbangga dengan milik yang sementara. Dunia ini tempatnya sementara. Maka berkongsilah dengan ADIL. Jika kita tidak mampu berbuat apa-apa cukuplah kita melayan dan menghargai mereka seperti manusia lain. 

       Semoga suatu hari nanti, ada sinar kebahagian buatmu semua. Semoga negaramu menerima dan melayanmu dengan seadilnya. Seterusnya hakmu sebagai seorang manusia di bawah Perkara 1 Perisytiharaan sejagat hak manusia iaitu semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak-hak mereka tidak lagi dicabuli. Ini doa dan harapanku buatmu semua. 


Friday, October 14, 2016

PUISI INDAH BUATMU ROHINGYA



Kau kanak-kanak biasa yang ingin bebas bermain di sana sini,
Kau remaja biasa yang ingin menikmati usia zaman muda-mudi,
Kau wanita biasa yang ingin disayangi dan dihargai,
Dan kau manusia biasa yang inginkan kebebasan diri.

Namun sukar untuk masyarakat mengerti,
Bahawa semuanya sudah tidak kaumiliki,
Di tanah kelahiran sendiri kau telah diusir pergi,
Dan kini kau berada di negeri yang tidak pernah kau kunjungi,

Kau hanya mengharapkan ihsan manusiawi di negeri ini,
Agar diri kau tidak dicaci maki,
Agar diri kau  turut diberi hak untuk memiliki dan dihargai,
Tanpa harus mengadaikan maruah yang dimiliki,
Kerana dunia ini milik pencipta yang hakiki.

SALAM ROHINGYA
2.32 AM
15/10/16 (SABTU)
14 MUHARRAM 1438H 

     Puisi ringkas ini adalah hasil nulilan saya sendiri. Semasa tahun 2015, selama sebulan saya terlibat untuk program bersama kanak-kanak Rohingya di Knowledge Garden Learning Center, Serdang. Sungguh ia antara pengalaman berharga yang saya meliki. Mengenali mereka pada mulanya amatlah sukar kerana mereka tidak fasih bertutur dalam bahasa malaysia mahupun english. Keadaan sekolah yang diusahakan oleh pelarian Rohingya yang telah lama menetap di sini dengan bantuan NGO sangatlah daif. Namun, bantuan yang berterusan dihulurkan oleh orang awam saban hari dan kesedaran semua pihak untuk membantu, membuatkan sekolah ini dapat terus bertahan.