Friday, December 9, 2016

LAGU BUATMU - SELAMAT MALAM ROHINGYA




Selamat malam Rohingya
Meski lena mu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untuk mu
Sejahteralah selalu

Selamat malam Rohingya
Esok kan ada matahari
Berbanyaklah berdoa
Jangan kau terlepas talinya

                                             (Lirik lagu Selamat Malam Rohingya-SAHABAT)

         Lagu Selamat Malam Rohingya, lagu yang didedikasikan khas buat mereka. Kita tak kenal pun mereka ini tetapi sering kali kita memandang hina pada manusia ini. Mereka juga manusia. Punya hati dan perasaan. Sama dan persis seperti kita. Cuma bezanya kita warganegara dan mereka BUKAN. Kadang-kadang kita sengaja memilih untuk tidak memahami mereka kerana bagi kita, kitalah yang lebih berhak ke atas negara Malaysia ini. Mereka hanya penumpang, Adat menumpang, harus pulang ke negara asal mereka. Tak begitu?

   Usah berbangga dengan milik yang sementara. Dunia ini tempatnya sementara. Maka berkongsilah dengan ADIL. Jika kita tidak mampu berbuat apa-apa cukuplah kita melayan dan menghargai mereka seperti manusia lain. 

       Semoga suatu hari nanti, ada sinar kebahagian buatmu semua. Semoga negaramu menerima dan melayanmu dengan seadilnya. Seterusnya hakmu sebagai seorang manusia di bawah Perkara 1 Perisytiharaan sejagat hak manusia iaitu semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak-hak mereka tidak lagi dicabuli. Ini doa dan harapanku buatmu semua. 


1 comment:

  1. dalam jangka masa panjang, apa yg mungkin terjadi pada pelarian ni? maksud saya, adakah mereka akan terus dibela atau ada tempoh atau syarat tertentu untuk penempatan pelarian ini?

    ReplyDelete