Saturday, December 10, 2016

WANITA DAN PENDIDIKAN


IBU ZAIN DALAM PENDIDIKAN


        Tan Sri Hajjah Zainon bte Munshi Sulaiman (22 Januari 1903 - 2 April 1989) atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain merupakan tokoh pendidik dan politik wanita terkenal. Pencapaiannya dalam pendidikan yang sangat membanggakan dan tidak ramai mampu miliki terutamanya anak gadis ketika itu iaitu, berjaya sehingga lulus Junior Cambridge.

       Kejayaan yang dicapainya dikongsi pula dengan masyarakat. Semuda usia 17 tahun, Ibu Zain telah menubuhkan sebuah sekolah di Pasuh Jaya, Negeri Sembilan. Beliau ingin melihat lebih ramai kaum wanita yang pandai membaca dan menulis kerana ilmu merupakan kunci yang membentuk jati diri beliau sendiri.

         Namun itu cerita dulu, ketika wanita sukar untuk diberi peluang dalam bidang pendidikan. Kanak-kanak wanita dulu tidak dihantar ke sekolah dan kebanyakan ibu bapa dulu tidak sedar tentang kepentingan wanita untuk mendapat pendidikan kerana wanita dilihat lebih penting dalam menguruskan keluarga sahaja. Hari ini di Malaysia, pendidikan diberikan kepada semua rakyat, lelaki mahupun wanita supaya masing-masing dapat mengembangkan potensi diri dan menyumbang peranan kepada masyarakat. 

         Namun kini, timbul isu wanita berpendidikan tidak mahu berkahwin dan lebih memilih untuk hidup sendiri dan bekerjaya. Bagi saya, soal berkahwin atau tidak ialah soal diri wanita itu. Kamahuan dan kehendaknya. Mungkin wanita itu mempunyai kisah hidup atau sejarah mengenai lelaki yang kita sendiri tidak mengetahui. Sedangkan mendapat pendidikan adalah hak wanita juga. Hak yang tidak boleh dinafikan kerana kelak walaupun wanita berpendidikan itu memilih untuk menjadi seorang suri rumah, dialah wanita terhebat yang mampu mendidik anaknya.

         Maka, wanita dan pendidikan amat penting. Tangan yang menghayun buaian akan menggoncang dunia. Tangan itu ialah tangan wanita. Bagaimana mahu melahirkan pemimpin dunia kelak jika kita hari ini cuma menafikan hak ibunya untuk mendapat pendidikan yang sewajarnya. 

         Semoga nanti saya sempat berkongsi cerita dan pendapat mengenai seorang insan hebat iaitu Malala Yousafzai, penerima termuda Hadiah Keamanan Nobel dan pejuang hak pendidikan kanak-kanak di Pakistan. Nantikan ye :)

2 comments:

  1. Saya bersetuju dengan Hidayah berkaitan batasan pendidikan secara formal terhadap wanita di Malaysia pada suatu ketika dahulu. Tidaklah menjadi satu kesalahan untuk wanita bercita-cita tinggi dan maju dalam bidang pendidikan. Hal ini demikian kerana, Siti Aisyah, isteri baginda juga merupakan salah seorang perawi hadis dan menjadi rujukan dalam pelbagai cabang ilmu pada ketika itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbicara mengenai isteri Rasulullah, Siti Aishah, saya jadi teringat juga kepada Siti Khadijah yang pandai dalam selok belok perniagaan. Selain itu, pada zaman Rasulullah, Rufaidah binti Sa'ad Al-Asalmiya merupakan perawat muslim pertama dunia. beliau mempelajari ilmu keperawatan melalui ayahnya yang merupakan seorang doktor.Maka dengan ilmu yang dimilikinya, Rufaidah menjadi sukarelawan membantu mangsa yang terluka akibat perang Badar, Uhud dan Khandaq.

      Delete