Thursday, December 29, 2016

OKU TIADA BEZA



     Perlembagaan Persekutuan dan akta di Malaysia melindungi setiap orang tanpa membezakan sama ada seseorang itu cukup sifat (sempurna) mahupun OKU untuk bebas bergerak dan melakukan apa sahaja selagi tidak bercanggah dengan undang-undang. Hak OKU mula menjadi perhatian setelah wujudnya Akta Orang Kurang Upaya 2008. Malah, golongan istimewa ini mendapat perhatian kerajaan Malaysia apabila Malayia bersetuju menandatangani Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) 2010.



DEFINISI OKU
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam  masyarakat”.

7 KATEGORI OKU
1.       Kurang Upaya Pendengaran
2.       Kurang Upaya Penglihatan
3.       Kurang Upaya Pertuturan
4.       Kurang Upaya Fizikal
5.       Malasah Pembelajaran
6.       Kurang Upaya Mental
7.    Pelbagai (multiple disabilities) – mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan

 Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, sebanyak 498,906 Orang Kurang Upaya (OKU) telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Februari 2015 lepas bagi mendapatkan kad OKU. Menurutnya,  OKU paling ramai mendaftar ialah golongan yang mengalami masalah pembelajaran iaitu 180,067 orang dan diikuti masalah fizikal (163,809), masalah pendengaran (59,161), masalah penglihatan (46,875), masalah mental (20,492), masalah pertuturan (3,717) dan 24,785 yang mempunyai masalah pelbagai kombinasi.

Namun, tidak dapat kita nafikan sekiranya golongan ini diberikan peluang dan hak yang sewajarnya, mereka mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan manusia sempurna lain. Ramai di antara mereka telah membuktikan kejayaan masing-masing dalam bidang akademik mahupun sukan yang diceburi. Antaranya pelajar UKM berikut.

Nur Izzati Hazwani Abdul Hadi, 23, 
penerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sejarah UKM


Mereka ini perlu diberikan keadilan sesuai dengan kemampuan mereka, misalnya diberi kemudahan dan keperluan yang berseuaian bagi membantu mereka menjalani hari-hari ini. Insan-insan ini berhak untuk dilayan dan dihormati seperti manusia lain. Sewajarnya kita yang sempurna untuk turut menghargai dan menghormati perasaan insan lain dan menghulurkan bantuan yang semampunya. 

Jom kita selami sikit perasaan mereka melalui lagu ni :)


Lirik Namun Ku Punya Hati - Revolvers


Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah,
Mataku tak seayu,
Kicau burung pun tak semerdu.

Namun ku punya hati,
Juga gayaku perasaan,
Hidupku yang sebegini,
Kadar waktu diizin Tuhan.

Tidakku minta,
Lahir ke dunia,
Tidakku duga,
Cacat begini,
Bukanku pinta,
Kasih dan saying,
Bukan ku rayu bantu simpati.

Maafkan wahai teman,
Kumenumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa ku pergi jua



DIA

Sahabat pertama luar biasa,
Sentiasa setia di sisi sahabatnya,
Sentiasa ingin berbahagi bahagia,
Walaupun hakikatnya kita tidak punya apa-apa.

Semangat dijiwa  pantang mengalah,
Segala cabaran di ambil sabar,
Nasihat diterima penuh hikmah,
Pandangan negatif dibiar lemau, 
Supaya diri tidak menjadi lemah.

Kuatlah engkau sahabat,
Menjadi inspirasi yang lain untuk kekal semangat,
kerana dirimu amatlah hebat. 

-dia syaza-


2 comments:

  1. penulisan yang baik , penuh dengan perkongsian yang bermanfaat , tak sabar menunggu update seterusnya .

    ReplyDelete
  2. -dia syaza- sangat menyentuh hati :'(
    Menurut fakta yang diberikan, angka yg besar bg jumlah OKU di Malaysia. Akan lebih menarik sekiranya, Hidayah memasukkan juga peranan dan gesaan kepada kerajaan supaya menaiktaraf kemudahan OKU di Malaysia yang hanya tertumpu kepada OKU fizikal sahaja. Sebagai contoh, kerajaan berusaha mencipta teknologi ATM yang mesra OKU penglihatan dan pendengaran.

    Apapun, penulisan ini menarik dan informatif !

    ReplyDelete