PERANCIS MEMBANTAH
TINDAKAN PELAJAR PEREMPUAN MUSLIM MENGGUNAKAN KAIN LABUH HITAM.
Hak asasi manusia
ialah keperluan asas untuk kesejahteraan seseorang manusia. Hak asasi ialah hak
yang dimiliki oleh seseorang individu disebabkan ia dilahirkan sebagai seorang
manusia. Hak asasi menjadi teras kepada kebebasan, keadilan, keharmonian ,
keamanan dan ketenteraman hidup di bumi ini. Pelanggaran hak asasi manuasia ini
seolah-olah telah melanggar hukum alam.
Berdasarkan
artikel "France outcry over Muslim
schoolgirl's skirt ban", bantahan Perancis pada mulanya adalah berkaitan
pemakaian tudung oleh perempuan dan bantahan itu berjaya apabila
pelajar-pelajar mula menanggalkan tudungnya. Perancis kemudiannya telah
membantah pemakaian skirt panjang oleh perempuan dan melarang lelaki menyimpan
janggut.
Perancis
menghadapi tindak balas apabila seorang pelajar, Sarah yang memakai skirt hitam
panjang dihantar pulang ke rumah dan tidak dibenarkan belajar kerana dianggap
berpakaian melambangkan agama dan ini melanggar peraturan undang-undang 2004 .
Walaupun Sarah menafikan bahawa dia sebenarnya tidak berpakaian melambangkan
agama kerana dia hanya berpakaian seperti mana yang dia mahukan.
Teknologi canggih
kini, membolehkan isu ini telah tersebar sehingga diketahui global dan
islamophobia menjadi isu hanyat di serata dunia. Pada tahun
2011, Perancis menjadi negara eropah pertama melarang pemakaian purdah
di tempat awam. Kebanyakan penduduk termasuk muslim bersetuju dengan kerajaan
apabila ia mengatakan bahawa purdah merupakan satu penghinaan kepada nilai-nilai
kemasyarakatan. Namun, masyarakat luar Perancis mengkritik kerana beranggapan ia adalah kegaganasan terhadap hak politik
individu atau dalam kata lain melanggar kebebasan individu.
Pada pendapat
saya, Perancis tidak sedikitpun memberi kebebasan kepada penduduknya untuk
menentukan gaya hidup yang mereka mahukan. Tindakan seorang pelajar bernama
Sarah yang memakai skirt hitam panjang tidak langsung melambangkan agama yang
dianutinya tetapi ia adalah atas dasar kebebasan dalam pemakaian dan bagaimana
Sarah ingin dipandang oleh masyarakat sekelilingnya. Maka, tindakan menghantar
balik Sarah ke rumah dan menyekatnya untuk mendapatkan pendidikan adalah tidak
wajar. Hal ini kerana, sebagai seorang remaja, Sarah berhak untuk mendapatkan
pendidikan yang sewajarnya.
why would they banned it?? ironically,some male in france are wearing skirts , in order to show their protest in sexism. ( https://www.youtube.com/watch?v=tles31U48Bk )
ReplyDeleteEntri ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, kerana Allah telah mengatakan dalam al-Quran bahawa yahudi dan nasara tidak akan pernah redha dengan orang Islam sehingga kita mengikut cara hidup mereka.
ReplyDeleteOleh itu, kita perlu sangat bersyukur ditempatkan di Malaysia sebuah negara Islam. Tetapi masih ada lagi wanita2 yang tidak menghargai kebebasan ini dengan memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Semoga Allah memberi mereka hidayah dan melindungi kita.