Wednesday, January 18, 2017

NUKILAN DIRI


Nama diberi oleh insan yang paling saya hormati dan sayangi dengan izin Allah ialah Nur Hidayah binti Waad. Dilahirkan di Segamat, Johor dan dibesarkan di Gemas, Negeri Sembilan. Kini saya melanjutkan pelajaran dalam bidang Perakaunan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dilahirkan sebagai anak sulung membuatkan saya sedikit berdikari dan tumbuh besar menghargai insan sekeliling. Blog ini dibuat untuk memenuhi kursus LMCR2153 HAK ASASI MANUSIA yang saya ambil pada semester 1 sesi 206/2017 ini dan pensyarah penilai saya ialah Encik Mohamad bin Taha,
Namun, melalui penulisan blog ini telah banyak membuka mata saya tentang pelbagai hak manusia yang kian di pandang mudah. Saya lebih banyak membaca kerana ia adalah keperluan untuk saya terus menulis. Seterusnya saya dapati, rupanya masih banyak hak yang kita tidak ketahui. Apabila tidak ketahui mana mungkin kita mempertahankannya. Maka semakin ramai juga yang akan mengambilkan kesempatan terhadap hak individu lain.

Melalui penulisan ini juga, saya menemui ramai insan hebat yang berusaha mempertahankan haknya dan hak orang sekeliling seperti ibu zain yang membuka mata masyarakat tentang hak pendidikan untuk wanita dan Rana Abdelhamid yang menganjurkan Women's Initiative for Self Empowerment (WISE) untuk memberi kesedaran kepentingan mempertahankan diri kepada wanita. Saya juga berharap saya dapat terus berkhidmat pada masyarakat dan bersyukur kerana saya berpeluang bertemu dengan kanak-kanak Rohingya di Serdang, orang Filipina di Sabah dan orang asli. Semoga kesempatan ini akan terus kita semua raih bersama. Kita perlu melihat ke bawah selalu, supaya kita tidak selesa dengan kedudukan kita, kerana kita tidak akan sentiasa di atas. Hidup kitakan ibarat roda. Biasa dengar? saya pun biasa dengar.




HUMAN RIGHTS-DEFINISI


     HAK ASASI MANUSIA? Entry ini sepatutnya menjadi pembukaan tetapi menjadi yang terakhir tetapi saya masih berharap semoga ia tidak terlewat. Hak manusia di definisikan dengan pelbagai pengertian oleh setiap individu. 

    Bagi Rhoda E. Howard, seorang sosiologist, beliau mendefinasikan hak asasi manusia sebagai hak-hak yang diperoleh kerana seseorang itu ialah manusia. Hak asasi manusia juga menurutnya dikenali sebagai hak individu. Maka semua manusia mempunyai hak asasi manusia secara sama rata tanpa mengira bangsa, jantina dan agama.

  Henkin (1989) menyatakan hak bahawa idea hak asasi manusia yang berkaitan tetapi bukan persamaan. Ia adalah idea politik dengan asas moral yang mentakrifkan hubungan yang perlu wujud antara individu dengan masyarakat.

     Buergenthal (1988) mendefiniskan hak asasi manusia dengan merujuk kepada undang-undang yang mengawal hak asasi manusia. Beliau merujuk kepada undang-undang yang berkaitan perlindungan individu dan kumpulan terhadap pelanggaran oleh kerajaan.

    Bagi pelajar undang-undang, berbeza dengan aktivis politik, hak-hak asasi bagi mereka ialah perkara yang diisytiharkan dalam dokumen undang-undang iaitu perlembagaan atau perjanjian yang dilindungi oleh mahkamah perlembagaan atau badan kehakiman. Hak asasi manusia masih mampu untuk menjadi asas dan universal, serta masih mempunyai hubungan dengan tradisi undang-undang semula jadi.

   Hak asasi manusia menurut Islam pula dasarnya ialah keadilan yang ditegakkan atas dasar persamaan. Adil dalam islam ialah adil pada tempatnya. Berbeza definisi melambangkan perbezaan mengertian dari sudut pandangan setiap manusia. Kita semua berbeza. Namun bagaimana untuk kita hidup dalam perbezaan itu adalah hal yang lebih penting. Saling memahami dan menghormati adalah tunjang kepada kesejahteraan kehidupan. 

IF IT'S UNWANTED, IT'S HARASSMENT - GANGGUAN SEKSUAL

    Gangguan Seksual seolah-olah sinonim dengan wanita, namun hakikatnya gangguan seksual bukan hanya terjadi kepada wanita tetapi kebanyakannya wanita. Gangguan seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina, paras rupa, usia, agama, bangsa atau warna kulit. 

    Namun, apa itu gangguan seksual? Adakah bersentuhan antara berlainan jantina itu gangguan seksual? Gangguan seksual adalah perlakuan yang tidak boleh diterima atau tidak direlakan oleh mangsa secara berulang di mana gangguan/perlakuan tersebut boleh mendatangkan malu, menjatuhkan maruah mangsa dan meletakkan mangsa dalam keadaan tidak selesa atau dalam kata lain if it is unwanted, it is harassment. 

Antara perlakuan yang merupakan gangguan seksual ialah: 
* Teguran seksual
* Perbuatan yang dilakukan secara fizikal seperti menyentuh
* Verbal (dengan kata) seperti ucapan lucah
* Non verbal (bukan kata-kata) seperti gerak isyarat
* Perilaku seksual seperti meraba, memeluk

     Gangguan seksual biasanya meninggalkan kesan psikologi kepada mangsa seperti rasa rendah diri, sering menyalahkan diri sendiri dan berisiko mengalami penyakit neurosis termasuk fobia. Mangsa juga mengalami sindrom pening, muntah-muntah, tiada selera makaln dan tidak boleh tidur akibat terlalu memikirkan masalah gangguan seksual yang dialaminya. Malah jika mangsa terus berdiam diri,, dan tidak dirawat, kemungkinan mangsa boleh mengalami sakit mental. 

     Maka, langkah pencegahan perlu di ambil. Namun sebelum saya menjelaskan berkaitan langkah pencegahan, setiap apa yang berlaku yang meninggalkan impak yang besar dalam diri individu juga pasti mempunyai puncanya, misalnya pemakaian seseorang yang terlalu seksi atau menjolok mata tetapi bukanlah niat saya untuk menyatakan semua gangguan seksual berpunca daripada itu, Namun mencegah adalah lebih baik. Antara tindakan pencegahan yang boleh dilakukan oleh individu ialah :
a) Elakkan berkomunikasi dengan pelaku atau elakkan terserempak sedaya mungkin.
b) Berterus terang dengan pelaku yang anda tidak suka dengan perlakuannya secara tegas
c) Bercakap kuat bagi mendapat perhatian orang sekeliling dan ini akan menyebabkan pelaku menjadi malu sendiri. 

    Sekiranya gangguan seksual ini terjadi maka jangan ketepikan masalah ini. Hal ini kerana tindakan mengetepikan tindakan ini seolah-olah mangsa bersetuju dengan tindakan itu. Selain itu, jangan berdiam diri. Anda perlu dapatkan sokongan moral dengan bercerita atau berbincang dengan ahli keluarga atau orang yang anda percayai. Simpan rekod kejadian seperti masa, tempat, tarikh kejadian, kekerapan kejadian dan rekod lain yang dirasakan perlu. Seterusnya, dapatkan bantuan orang ramai atau pertubuhan seperti JPM ada rakan AKRAB, Kelab Kebajikan untuk berbincang dan meminta bantu, di samping memberi sokongan moral kepada anda.

    Usah takut lagi, keluarlah dari zon kerisauan, negara kita mempunyai undang-undang dan gangguan seksual merupakan bentuk kesalahan jenayah yang boleh diletakkan di bawah Kanun Keseksaan, malah hukuman yang diperuntukan di bawah kesalahan ini ialah penjara, denda dan sebatan jika sabit kesalahan. Antara seksyen yang boleh mendakwa seseorang atas kesalahan seksual walaupun tidak meletakkan terma "gangguan seksual" ialah:
a) Seksyen 509 – melibatkan kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang termasuklah mengucapkan apa jua benda (perkataan, bunyi atau isyarat) dan menceroboh ketenteraman peribadi seseorang atau mempamerkan objek yang boleh menjatuhkan kehormatannya. 
b) Seksyen 354 – kesalahan yang melibatkan kekerasan jenayah ke atas mangsa bagi tujuan dan dengan niat mencabul kehormatan mangsa. 
c) Seksyen 355 – memperuntukkan kesalahan yang melibatkan kekerasan jenayah ke atas mangsa bagi tujuan menjatuhkan maruah mangsa.



    Kesimpulannya, hak untuk mendapatkan ketenangan adalah hak setiap individu. Justeru itu, sekiranya terjadi gangguan atau perlakuan yang tidak boleh diterima atau tidak direlaka, maka kita mempunyai hak untuk melaporkannya kepada pihak yang bertanggungjawab. Hal ini kerana, Malaysia mempunyai undang-undang yang boleh mendakwa jika seseorang itu didapati bersalah dan sebagai mangsa, anda berhak untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan jangan biarkan jiwa anda terseksa dengan perbuatan orang lain kerana anda bukan individu yang perlu menanggung semua tekanan ini. Semoga kita semua sentiasa dalam jagaan pencipta. 

Tuesday, January 17, 2017

HAK PENGGUNA

PENGGUNA? APA HAK ANDA?

    Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari psaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya. Manakala, hak pengguna ialah satu bentuk peraturan yang dibuat oleh kerajaan bagi melindungi hak serta kepentingan para pengguna, misalnya penjual-penjual diwajibkan menunjukkan tanda harga sebagai tanda pemberitahuan kepada pengguna.

    Menurut Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terdapat 8 hak asasi pengguna telah diterima secara universal.

     Namun, kebanyakan pengguna sering kali tidak mendapatkan haknya melainkan mereka mengetahui apakah hak-hak sebagai pengguna, menuntut hak-hak tersebut daripada pihak yang wajar memberikannya dan memainkan tanggungjawab dan peranan mereka serta berusaha mendapatkan hak-hak itu. Oleh sebab itu, pengguna sering ditipu dari segi 
a)  penipuan perkhidmatan
b) penipuan harga
c) penipuan transaksi internet
d) jualan bahan petroleum
e) tiada tanda harga
g) bengkel kenderaan bermotor
h) penipuan gores dan menang
i) penipuan perjanjian sewa beli dan macam-macam lagi. 

  Malah, kebanyakan pengguna juga tidak mengetahui tentang institusi dan peranan perlindungan pengguna yang berfungsi untuk melindungi kepentingan mereka seperti 
a) Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
b) Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
c) Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan (MHEPK)
d) Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK)
e) Agensi-agensi Kerajaan
f) Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri dan Daerah
g) Persatuan Pengguna

Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga dan kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga, pengguna boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:
a) Talian bebas tol (1-800-886-800)
b) Portal Rasmi : http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/ 
Aduan pengguna boleh dibuat melalui telefon, laman web, surat atau hadir (walk-in) ke Pusat Aduan Pengguna (PPAP)

    Kesimpulannya, sebagai pengguna, kita perlu mengetahui hak-hak yang kita miliki supaya tiada pihak yang boleh mengambil kesempatan sewenangnya. Selain itu, kita perlu mengetahui institusi yang boleh membantu kita sekiranya ada pihak yang membuat penipuan dan serterusnya cara membuat aduan.

Monday, January 16, 2017

HAK IBU BAPA KEPADA ANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti yang dijanji hari ini saya sambung lagi beberapa hak ibu bapa kepada anak.    

      Setiap anak yang lahir ke dunia ini juga punyai hak yang perlu ditunaikan oleh ibu bapanya. Dunia ini sebuah kehidupan yang saling memerlukan. Anak memerlukan ibu bapa untuk terus menjalani kehidupannya, sebagaimana ibu bapa menginginkan dan mempunyai harapan yang besar buat setiap anak yang lahir dari rahimnya untuk mereka terus hidup bahagia. Maka apabila lahirnya setiap anak dari segumpal darah maka bermulalah tanggujawab ibu bapa kepada anak, bahkan ada tanggungjawab yang mungkin bermula ketika masih di rahim lagi. 

     Hak utama seorang anak ialah hak untuk hidup yang telah saya bincangkan dalam entry sebelum ini (stop illegal abortion). Maka kali ini saya tidak berniat untuk menyentuh lagi. Hak kedua ialah hak untuk mendapat nama yang baik. Nama yang baik ibarat doa buat anak supaya memiliki peribadi yang baik sesuai dengan nama yang diberi kepadanya. Seterusnya, hak menerima air susu ibu selama dua tahun, bersuaian dengan firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 233. 


     Hak keempat ialah hak mendapatkan pendidikan melalui pendidikan formal di sekolah mahupun mendidikan tidak formal di rumah serta mendidikan agama. Semuanya, amat penting dalam membentuk keperibadian anak dan kemampuan otaknya untuk berfikir dengan cerdas. Hak kelima ialah, hak mendapat makanan dan minuman yang baik iaitu yang halal kerana makanan akan membentuk minda, rohani dan peribadi anak. Hak keenam, ialah hak untuk dipelihara kesihatnya. Anak berhak untuk diberi rawatan dan layanan jika dia didapati tidak sihat kerana kesihatan mempengaruhi tumbesaran anak. 

     Hak ketujuk ialah hak mendapatkan kasih sayang. Pentingnya kasih sayang kerana ia mampu membentuk karakter anak dan melihat kehidupan dengan kebaikan. Anak yang mendapat kasih sayang cenderung untuk bersifat lemah-lembut, menghormati orang lain dan lebih berani menghadapi kehidupannya. Hak kelapan ialah hak untuk bermain. Lumrah kanak-kanak suka bermain, maka keizinan dan galakan untuk bermain menjadikan anak lebih kretif dan meningkatkan kepintarannya. Hak yang terakhir ialah hak untuk mendapatkan perlindungan. Perlindungan merangkumi melindungi anak dari pengaruh tidak sihat, penyakit, dan kelaparan. 

     Namun, bagi saya, dalam memberi hak dan tanggungjawab kepada anak-anak perlu sentiasa berpada kerana setiap sesuatu yang berlebihan akan mendatang kesan negatif kepada penerima dan pemberi. 

Sunday, January 15, 2017

STOP ILLEGAL ABORTION - HAK IBU BAPA KEPADA ANAK


     PENGGUGURAN? Adakah ia satu kemahuan? Jika ia adalah kemahuan tanpa alasan yang kukuh seperti bukan untuk tujuan kesihatan atau dikenali sebagai pengguguran haram, maka sila hentikan. Membunuh nyawa yang hidup di dalam rahim anda adalah satu bentuk kezaliman. Zalim dan berdosa, malah saya yakin semua agama melarangnya. 

     Namun, setiap individu yang melakukanya pasti punya alasan cuma mungkin tidak memuaskan kefahaman saya yang tetap kukuh tidak bersetuju dengan tindakan ini kecuali jika ia untuk kebaikan kesihatan seorang ibu. Bagaimana seorang anak itu boleh di ambil nyawanya begitu sahaja, sedangkan nyawa ini milik sang Pencipta. Apabila hadirnya segumpal darah di dalam rahim, maka anak tersebut mempunyai hak untuk hidup. Anak itu berhak untuk menjalani kehidupannya, dan sebagai ibu bapa menjadi tanggungjawab untuk mengajar dan membimbing anak agar tidak salah dalam memilih jalan hidupnya. Sayangilah nyawa kecil ini kerana dia berhak untuk tumbuh besar seperti rakannya. GIVE YOUR LOVE, DON'T DETROY OUR LOVE. Jika kita berani memusnahkan sebuah kasih sayang, jangan lagi kita bermimpi untuk memiliki kasih sayang itu lagi kerana yang bakal tinggal nanti hanya penyesalan. 


    Nantikan entry seterusnya yang juga berkaitan hak ibu bapa kepada anak tetapi lebih lebih banyak isinya. InshaAllah. Jumpa nanti.

TELL ME WHY - Pembuka entry Hak ibu bapa kepada anak


Tell Me Why Lyrics

In my dream, children sing
A song of love for every boy and girl
The sky is blue and fields are green
And laughter is the language of the world
Then i wake and all i see
Is a world full of people in need

Chorus:
Tell me why(why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something i have missed?
Tell me why (why) cos i don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why?

Everyday i ask myself
What will i have to do to be a man?
Do i have to stand and fight
To prove to everybody who i am?
Is that what my life is for
To waste in a world full of war?

Chorus:
Tell me why(why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something i have missed?
Tell me why (why) cos i don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why?

Chorus:
(children)tell me why?(declan)tell me why?
(children)tell me why?(declan)tell me why?
(together) just tell me why, why, why?

Chorus:
Tell me why(why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something i have missed?
Tell me why (why) cos i don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why?

Chorus:
Tell me why (why,why,does the tiger run)
Tell me why(why why do we shoot the gun)
Tell me why (why,why do we never learn)
Can someone tell us why we let the forest burn?
(why,why do we say we care)
Tell me why(why,why do we stand and stare)
Tell me why(why,why do the dolphins cry)
Can some one tell us why we let the ocean die?
(why,why if we're all the same)
Tell me why(why,why do we pass the blame)
Tell me why (why,why does it never end)
Can some one tell us why we cannot just be friends?
Why,why



     Pada pendapat saya, lagu ini mendalami perasaan kanak-kanak kini yang cuba ingin memahami mengapa keadaan dunia di sekelilingnya seperti sekarang. Kanak-kanak ini cuba memahami apa yang sedang terjadi dan ingin mengetahui sebab ia terjadi. Kenapa dan mengapa berlaku banyak kerosakan pada bumi ini dan manusia saling tidak menjaga hak di antara mereka. Mengapa manusia sekeliling tidak saling menghargai, berkasih sayang dan bersahabat, maka tidak wujud peperangan, penindasan dan kerosakan. Mengapa seluruh isi dunia tidak saling menjaga hak yang mereka miliki. Hak untuk hidup dengan aman dan hak untuk mencorak masa depan sendiri. 
     
       
       Kanak-kanak ini keliru. Mereka perlu pengertian sedangkan mereka adalah masa depan negara, mereka perlu dibentuk dan diacu sebaiknya Maka, peranan ibu bapa, guru dan masyarakat dalam mencorak alur pemikiran mereka. Mereka bertindak berdasarkan apa yang diajari, didengar dan dilihat. Oleh itu, bantu mereka, bantu kanak-kanak ini untuk melihat dunia dengan pandangan yang baik agar tindakan mereka kelak seiring dengan pendidikan melalui penglihatan kehidupan yang baik.