HAK ASASI MANUSIA? Entry ini sepatutnya menjadi pembukaan tetapi menjadi yang terakhir tetapi saya masih berharap semoga ia tidak terlewat. Hak manusia di definisikan dengan pelbagai pengertian oleh setiap individu.
Bagi Rhoda E. Howard, seorang sosiologist, beliau mendefinasikan hak asasi manusia sebagai hak-hak yang diperoleh kerana seseorang itu ialah manusia. Hak asasi manusia juga menurutnya dikenali sebagai hak individu. Maka semua manusia mempunyai hak asasi manusia secara sama rata tanpa mengira bangsa, jantina dan agama.
Henkin (1989) menyatakan hak bahawa idea hak asasi manusia yang berkaitan tetapi bukan persamaan. Ia adalah idea politik dengan asas moral yang mentakrifkan hubungan yang perlu wujud antara individu dengan masyarakat.
Buergenthal (1988) mendefiniskan hak asasi manusia dengan merujuk kepada undang-undang yang mengawal hak asasi manusia. Beliau merujuk kepada undang-undang yang berkaitan perlindungan individu dan kumpulan terhadap pelanggaran oleh kerajaan.
Bagi pelajar undang-undang, berbeza dengan aktivis politik, hak-hak asasi bagi mereka ialah perkara yang diisytiharkan dalam dokumen undang-undang iaitu perlembagaan atau perjanjian yang dilindungi oleh mahkamah perlembagaan atau badan kehakiman. Hak asasi manusia masih mampu untuk menjadi asas dan universal, serta masih mempunyai hubungan dengan tradisi undang-undang semula jadi.
Hak asasi manusia menurut Islam pula dasarnya ialah keadilan yang ditegakkan atas dasar persamaan. Adil dalam islam ialah adil pada tempatnya. Berbeza definisi melambangkan perbezaan mengertian dari sudut pandangan setiap manusia. Kita semua berbeza. Namun bagaimana untuk kita hidup dalam perbezaan itu adalah hal yang lebih penting. Saling memahami dan menghormati adalah tunjang kepada kesejahteraan kehidupan.
Betul, manusia sedaya upaya akan memenuhi hak mereka. Dalam negara majmuk, hak pelbagai bangsa menjadi isu utama sehingga membawa kepada permusuhan antara kaum. Setiap hak perlu diraikan dan setiap individu perlu berlapang dada dan saling menghormati.
ReplyDelete