sumber: https://www.roketkini.com/2016/10/13/orang-asli-temiar-mahu-pembalak-bawa-keluar-semua-jentera-pekerja/
Masyarakat orang asli Temiar, Gua Musang, Kelantan membantah tindakan pembalakan oleh pembalak yang diberi lesen oleh kerajaan negeri Kelantan. Bagi penduduk orang asli ini, hutan merupakan punca pendapatan, sumber makanan, dan sumber ubat mereka. Namun kita banyak kawasan yang telah terjejas akibat pembalakan ini terutamanya di Pos Gob dan Pos Bering berada di Blockade Simpang Petei Pos Tohoi.
Menurut Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas hakim, menduduki tanah untuk selama beberapa tempoh generasi ialah tanggapan kuat dan hampir tidak boleh disangkal yang mereka memegang hak itu, Sekiranya benar tanah yang diceroboh adalah tanah adat orang asli maka mereka mempunyai hak ke atas tanah tersebut tetapi mereka sepatutnya membayar cukai yang akan menjadi pendapatan kepada kerajaan, namun sekiranya keinginan kerajaan mengambil tanah tersebut adalah sepautnya dengan memberi pampasan yang sewajarnya kepada mereka. Dalam ingin mengejar pembangunan jangan sampai kita menafikan hak yang sepatutnya dimiliki oleh orang lain. Sejujurnya saya naif berkaitan undang-undang dalam isu ini. Namun, sekiranya tanah tersebut merupakan tanah pajakan yang diberikan kepada penduduk orang asli ia adalah terikat untuk satu tempoh tertentu.
Persoalannya, adakah isu ini bersangkut paut dengan prihal politik? Mungkinkah orang asli berkenaan tampil membuat bantahan kerana telah dicucuk jarum oleh mana-mana pihak untuk meraih sokongan rakyat?
ReplyDeletezulfiqar mohdnor, saya ada buat penambahan sedikit dalam post di atas. ya pasti ada bersangkut paut dengan perihal politik. tanah tersebut telah menjadi tanah pajakan. maka, tempoh pajakan yang paling lama diberikan akan mempengaruhi parti politik mana yang mendapat sokongan.Sekadar pendapat
DeleteMalaysia ada pelbagai etnik. Pada saya setiap etnik wajar untuk terima hak mereka sendiri.termasuk kaum asli yang mana mereka perlu ada hak untuk pertahankan tempat asal usul mereka sekiranya mereka masih mengamalkan kehidupan di pendalaman.
ReplyDeletebetul wajar tetapi mereka juga wajar untuk patut pada undang-undang kita. sebagaimana kita perlu membayar cukai pintu bagi kediamanan dan cukai bagai aset yang dimiliki maka mereka juga wajar berbuat demikian. hanya sekadar pendapat.
Delete