Gangguan Seksual seolah-olah sinonim dengan wanita, namun hakikatnya gangguan seksual bukan hanya terjadi kepada wanita tetapi kebanyakannya wanita. Gangguan seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina, paras rupa, usia, agama, bangsa atau warna kulit.
Namun, apa itu gangguan seksual? Adakah bersentuhan antara berlainan jantina itu gangguan seksual? Gangguan seksual adalah perlakuan yang tidak boleh diterima atau tidak direlakan oleh mangsa secara berulang di mana gangguan/perlakuan tersebut boleh mendatangkan malu, menjatuhkan maruah mangsa dan meletakkan mangsa dalam keadaan tidak selesa atau dalam kata lain if it is unwanted, it is harassment.
Antara perlakuan yang merupakan gangguan seksual ialah:
* Teguran seksual
* Perbuatan yang dilakukan secara fizikal seperti menyentuh
* Verbal (dengan kata) seperti ucapan lucah
* Non verbal (bukan kata-kata) seperti gerak isyarat
* Perilaku seksual seperti meraba, memeluk
Gangguan seksual biasanya meninggalkan kesan psikologi kepada mangsa seperti rasa rendah diri, sering menyalahkan diri sendiri dan berisiko mengalami penyakit neurosis termasuk fobia. Mangsa juga mengalami sindrom pening, muntah-muntah, tiada selera makaln dan tidak boleh tidur akibat terlalu memikirkan masalah gangguan seksual yang dialaminya. Malah jika mangsa terus berdiam diri,, dan tidak dirawat, kemungkinan mangsa boleh mengalami sakit mental.
Maka, langkah pencegahan perlu di ambil. Namun sebelum saya menjelaskan berkaitan langkah pencegahan, setiap apa yang berlaku yang meninggalkan impak yang besar dalam diri individu juga pasti mempunyai puncanya, misalnya pemakaian seseorang yang terlalu seksi atau menjolok mata tetapi bukanlah niat saya untuk menyatakan semua gangguan seksual berpunca daripada itu, Namun mencegah adalah lebih baik. Antara tindakan pencegahan yang boleh dilakukan oleh individu ialah :
a) Elakkan berkomunikasi dengan pelaku atau elakkan terserempak sedaya mungkin.
b) Berterus terang dengan pelaku yang anda tidak suka dengan perlakuannya secara tegas
c) Bercakap kuat bagi mendapat perhatian orang sekeliling dan ini akan menyebabkan pelaku menjadi malu sendiri.
Sekiranya gangguan seksual ini terjadi maka jangan ketepikan masalah ini. Hal ini kerana tindakan mengetepikan tindakan ini seolah-olah mangsa bersetuju dengan tindakan itu. Selain itu, jangan berdiam diri. Anda perlu dapatkan sokongan moral dengan bercerita atau berbincang dengan ahli keluarga atau orang yang anda percayai. Simpan rekod kejadian seperti masa, tempat, tarikh kejadian, kekerapan kejadian dan rekod lain yang dirasakan perlu. Seterusnya, dapatkan bantuan orang ramai atau pertubuhan seperti JPM ada rakan AKRAB, Kelab Kebajikan untuk berbincang dan meminta bantu, di samping memberi sokongan moral kepada anda.
Usah takut lagi, keluarlah dari zon kerisauan, negara kita mempunyai undang-undang dan gangguan seksual merupakan bentuk kesalahan jenayah yang boleh diletakkan di bawah Kanun Keseksaan, malah hukuman yang diperuntukan di bawah kesalahan ini ialah penjara, denda dan sebatan jika sabit kesalahan. Antara seksyen yang boleh mendakwa seseorang atas kesalahan seksual walaupun tidak meletakkan terma "gangguan seksual" ialah:
a) Seksyen 509 – melibatkan kesalahan mengaibkan kehormatan
seseorang termasuklah mengucapkan apa jua benda (perkataan,
bunyi atau isyarat) dan menceroboh ketenteraman peribadi
seseorang atau mempamerkan objek yang boleh menjatuhkan
kehormatannya.
b) Seksyen 354 – kesalahan yang melibatkan kekerasan jenayah ke
atas mangsa bagi tujuan dan dengan niat mencabul kehormatan
mangsa.
c) Seksyen 355 – memperuntukkan kesalahan yang melibatkan
kekerasan jenayah ke atas mangsa bagi tujuan menjatuhkan
maruah mangsa.
sumber: http://www.malaysiakini.com/news/343917 http://www.serantajpm.gov.my/images/serantafelda/sumber/ulasanbuku/bookreview2016/BRKakros.pdf
Kesimpulannya, hak untuk mendapatkan ketenangan adalah hak setiap individu. Justeru itu, sekiranya terjadi gangguan atau perlakuan yang tidak boleh diterima atau tidak direlaka, maka kita mempunyai hak untuk melaporkannya kepada pihak yang bertanggungjawab. Hal ini kerana, Malaysia mempunyai undang-undang yang boleh mendakwa jika seseorang itu didapati bersalah dan sebagai mangsa, anda berhak untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan jangan biarkan jiwa anda terseksa dengan perbuatan orang lain kerana anda bukan individu yang perlu menanggung semua tekanan ini. Semoga kita semua sentiasa dalam jagaan pencipta.
No comments:
Post a Comment