Saya kongsikan hak ibu bapa yang wajib dipenuhi oleh anak-anaknya berdasarkan pembacaan yang tak seberapa ni dan diakhirnya nanti saya masukkan video doa untuk ibu bapa oleh Ustaz Mohammad Rozie.
1. Taat kepada orang tua -
Seorang anak wajib mentaati perintah ibu bapa selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
“Tidak ada ketaatan dalam mendurhakai Allah. Sesungguhnya ketaatan itu ada hanya di dalam melakukan kebaikan.” (HR. Bukhari)
2. Segera datang jika dipanggil - ia adalah cara menghormati orang tua
3. Menafkahi dan memenuhi keperluan orang tua jika mampu
Kunci keberkatan rezeki bila kita berkongsi apa yang kita miliki bersama orang tua kita.
4. Merawat orang tua
Berbakti kepada mereka kerana kita yang terpilih sedangkan masih ramai yang mengharapkan agar mereka diberi kesempatan dan peluang untuk menjaga orang tuanya,
5. Berbicara dengan lemah lembut - cara menghargai orang tua kita
6. Menghormati orang tua - cara kita menjaga perasaan mereka.
7. Menjauhkan hal yang tidak disukai orang tua - agar kita sentiasa mendapat redha mereka.
Keredhaan Tuhan berada pada keredhaan Ibu-bapa dan kemurkaan Tuhan berada pada kemurkaan ibu-bapa” (Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dan al-Hakim dari ‘Abdullah bin ‘Amru r.a.. Menurut as-Suyuti; hadis ini adalah soheh. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4456).
8. Meminta izin dan restu dari orang tua.
Sabda Nabi SAW; “Jagalah kedua ibu-bapamu kerana Syurga di bawah kaki kedua mereka” (Hadis riwayat Imam at-Thabrani dengan sanad yang baik. Lihat; al-Muntaqa, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hadis no. 1475).
9. Menjaga nama baik dan amanat orang tua dengan menghindari perilaku yang tidak baik.
10. Mendoakan orang tua.
by Ustaz Mohammad Rozie bin Mohd Rejab
Betul,lain ibu bapa lain cara . Mungkin ada yang memahami dan mungkin ada yg tidak. Berbaktilah dan menunaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa mengikut kemampuan dan cara masing2. Semoga kita semua menjadi anak yg soleh solehah.
ReplyDeleteBetul,lain ibu bapa lain cara . Mungkin ada yang memahami dan mungkin ada yg tidak. Berbaktilah dan menunaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa mengikut kemampuan dan cara masing2. Semoga kita semua menjadi anak yg soleh solehah.
ReplyDeleteRingkas dan padat. Hidayah dah laksanakan tanggungjawab sbg seorang anak yg solehah. Ibu bangga dgn dayah. Semoga hidup diberkati Ilahi dan berjaya dunia akhirat.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian yang padat dan mudah difahami. Sedikit sebanyak boleh menjadi panduan buat diri saya sendiri dalam menjaga hak sebagai seorang anak terhadap ibu bapa. Memang benar perkara yang kita anggap remeh itulah sebenarnya punca kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan akhirat. Tanpa keredhaan daripada mereka, maka tidak tenang kita dalam menjalanani kehidupan seharian seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. InsyaAllah semoga kita sama-sama berjaya tunaikan hak tersebut
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian dan peringatan. Semoga kita sama2 menjadi anak yg taat kpd ibu bapa. Amin..
ReplyDelete