Monday, January 16, 2017

HAK IBU BAPA KEPADA ANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti yang dijanji hari ini saya sambung lagi beberapa hak ibu bapa kepada anak.    

      Setiap anak yang lahir ke dunia ini juga punyai hak yang perlu ditunaikan oleh ibu bapanya. Dunia ini sebuah kehidupan yang saling memerlukan. Anak memerlukan ibu bapa untuk terus menjalani kehidupannya, sebagaimana ibu bapa menginginkan dan mempunyai harapan yang besar buat setiap anak yang lahir dari rahimnya untuk mereka terus hidup bahagia. Maka apabila lahirnya setiap anak dari segumpal darah maka bermulalah tanggujawab ibu bapa kepada anak, bahkan ada tanggungjawab yang mungkin bermula ketika masih di rahim lagi. 

     Hak utama seorang anak ialah hak untuk hidup yang telah saya bincangkan dalam entry sebelum ini (stop illegal abortion). Maka kali ini saya tidak berniat untuk menyentuh lagi. Hak kedua ialah hak untuk mendapat nama yang baik. Nama yang baik ibarat doa buat anak supaya memiliki peribadi yang baik sesuai dengan nama yang diberi kepadanya. Seterusnya, hak menerima air susu ibu selama dua tahun, bersuaian dengan firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 233. 


     Hak keempat ialah hak mendapatkan pendidikan melalui pendidikan formal di sekolah mahupun mendidikan tidak formal di rumah serta mendidikan agama. Semuanya, amat penting dalam membentuk keperibadian anak dan kemampuan otaknya untuk berfikir dengan cerdas. Hak kelima ialah, hak mendapat makanan dan minuman yang baik iaitu yang halal kerana makanan akan membentuk minda, rohani dan peribadi anak. Hak keenam, ialah hak untuk dipelihara kesihatnya. Anak berhak untuk diberi rawatan dan layanan jika dia didapati tidak sihat kerana kesihatan mempengaruhi tumbesaran anak. 

     Hak ketujuk ialah hak mendapatkan kasih sayang. Pentingnya kasih sayang kerana ia mampu membentuk karakter anak dan melihat kehidupan dengan kebaikan. Anak yang mendapat kasih sayang cenderung untuk bersifat lemah-lembut, menghormati orang lain dan lebih berani menghadapi kehidupannya. Hak kelapan ialah hak untuk bermain. Lumrah kanak-kanak suka bermain, maka keizinan dan galakan untuk bermain menjadikan anak lebih kretif dan meningkatkan kepintarannya. Hak yang terakhir ialah hak untuk mendapatkan perlindungan. Perlindungan merangkumi melindungi anak dari pengaruh tidak sihat, penyakit, dan kelaparan. 

     Namun, bagi saya, dalam memberi hak dan tanggungjawab kepada anak-anak perlu sentiasa berpada kerana setiap sesuatu yang berlebihan akan mendatang kesan negatif kepada penerima dan pemberi. 

5 comments:

  1. Sangat membantu ibubapa zaman sekarang supaya lebih baik dlm kekalkan hubungan dgn anak2

    ReplyDelete
  2. ibu bapa perlu kekalkan hubungan yg baik dgn anak2 dan perlu ambil perhatian kepada anak supaya mereka tidak terpengaruh dgn perkara yg tidak elok

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. Tindakan dan perilakuan anak-anak perlu dipantau dan ambil cakna tetapi bukan mengongkong supaya tindakan mereka menggundang bahaya atau terjebak dengan pelbagai masalah sosial yang kian meningkat.

      Delete
  3. Harrah's Cherokee Casino Resort - Mapyro
    Harrah's Cherokee Casino 안산 출장마사지 Resort. 춘천 출장마사지 7.5-star. Cherokee. Hotel and Casino. 2807 North Center Drive. Cherokee, NC 동해 출장샵 28719. 경상북도 출장샵 Map. 777 Casino 남양주 출장안마 Center Dr.

    ReplyDelete