Sunday, January 15, 2017

STOP ILLEGAL ABORTION - HAK IBU BAPA KEPADA ANAK


     PENGGUGURAN? Adakah ia satu kemahuan? Jika ia adalah kemahuan tanpa alasan yang kukuh seperti bukan untuk tujuan kesihatan atau dikenali sebagai pengguguran haram, maka sila hentikan. Membunuh nyawa yang hidup di dalam rahim anda adalah satu bentuk kezaliman. Zalim dan berdosa, malah saya yakin semua agama melarangnya. 

     Namun, setiap individu yang melakukanya pasti punya alasan cuma mungkin tidak memuaskan kefahaman saya yang tetap kukuh tidak bersetuju dengan tindakan ini kecuali jika ia untuk kebaikan kesihatan seorang ibu. Bagaimana seorang anak itu boleh di ambil nyawanya begitu sahaja, sedangkan nyawa ini milik sang Pencipta. Apabila hadirnya segumpal darah di dalam rahim, maka anak tersebut mempunyai hak untuk hidup. Anak itu berhak untuk menjalani kehidupannya, dan sebagai ibu bapa menjadi tanggungjawab untuk mengajar dan membimbing anak agar tidak salah dalam memilih jalan hidupnya. Sayangilah nyawa kecil ini kerana dia berhak untuk tumbuh besar seperti rakannya. GIVE YOUR LOVE, DON'T DETROY OUR LOVE. Jika kita berani memusnahkan sebuah kasih sayang, jangan lagi kita bermimpi untuk memiliki kasih sayang itu lagi kerana yang bakal tinggal nanti hanya penyesalan. 


    Nantikan entry seterusnya yang juga berkaitan hak ibu bapa kepada anak tetapi lebih lebih banyak isinya. InshaAllah. Jumpa nanti.

6 comments:

  1. Memang tidak dinafikan lagi bahawa kes pengguguran bayi ini tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Namun seperti yang saudari telah pun gariskan didalam entry ini dimana anak tersebut berhak untuk hidup, saya sokong kenyataan ini. Setiap daripada kita punyai hak untuk hidup. Semoga aktiviti pengguguran bayi ini dapat dibendung dengan segera.

    ReplyDelete
  2. Realiti sekarang ramai wanita yang gugurkan bayi kerana hamil luar nikah dan demi untuk menutup malu , tanpa fikir panjang terus gugurkan kandungan tersebut tanpa memberi peluang untuk bayi tersebut hidup dimuka bumi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelahiran anak luar nikah mungkin disebabkan zina atau pun perkosaan. sungguh berat kesannya sehingga bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa, justeru islam mengharamkan zina. dan jika kelahiran itu disebabkan perkosaan, malaysia mempunyai undang2 untuk mendakwa pesalah dan semoga mangsa tabah dan terus kuat. sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan hambanya yang teraniaya.

      Delete
  3. Sekarang kita selalu dengar tentang pembuangan dan pengguguran bayi. Perkara ini perlu dihentikan kerana bayi tersebut tidak berdosa.

    ReplyDelete
  4. Satu lafaz syukur kerana kita dilahirkan oleh ibu bapa yang bertanggungjawab. Kes pembuangan bayi yang semakin meningkat memang sangat menyedihkan. Zaman ini tidak kurang seperti zaman jahiliyyah yang membunuh anak perempuan apabila dilahirkan. Nampaknya sejarah berulang malah lebih parah. Semoga Allah melindungi kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. benarlah. Dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda, "Islam datang dalam keadaan asing, akan kembali pula dalam keadaan asing. Sesungguhnya beruntunglah orang yang asing.

      Delete