JASA BONDA
Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
Engkau semakin dewasa
Berjiwa
merdeka
Sedang
dia semakin tua
Membilang
usia
Di
saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda
Jasa bonda-warisan
Di saat kita semakin dewasa, ibu semakin menginjak usia senja. Detik itu pasti akan tiba jua. Namun, bagaimana kita melayan dan memberi hak yang sepatutnya terhadap mereka adalah perkara yang paling penting. Saban hari, tubuh kita yang dulunya kecil kini telah besar, malah lebih besar dari ibunya. Namun sedarkah kita, tanggungjawab kita kepada mereka juga semakin besar. Hak mereka sebagai ibu bapa kita, tidak boleh kita nafikan sebagai mana mereka tidak pernah terkurang walau sedikitpun mencurahkan kasih sayang dan bakti keringat.
Sayangi ibu bapa kita sebagai mana mereka menyayangi kita. sayang mereka tanpa syarat dan takpa sebab. Sayangi mereka dari hati yang sangat dalam hingga saat mereka tiada ketidakhadiran itu sungguh terasa. air mata mengalir laju dan isi alam seperti mengerti ibu wanita yang terlalu banyak berkorban. namun, kasi ibu sama sehebat kasih ayahmu. terima kasih ayah ibu.
Jom doa:
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil.
Jom doa:
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil.
Nanti saya kongsikan tanggungjawab dan hak anak terhadap ibu bapa ye. Jumpa esok inshaAllah.
Bila teringatkan hak untuk ibu bapa , kadang-kadang terfikir diri sendiri sebagai student yang hanya balik ke rumah bila cuti sem dan biasenye cuti banyak tidur , layan movie dan sebagainya . Sepatutnye masa yang ade bersama ibu bapa perlu digunakan untuk menyantuni mereka , peruntukkan masa kite untuk mereka supaya mereka rasa disyangi dan dihargai .
ReplyDeleteSetuju. Masa dewasa yang berbaki inilah perlu kita sama-sama manfaatkan untuk sentiasa bersama mereka kerana kita tidak tahu sampai bila kita berpeluang berbakti pada orang tua kita. semoga kita mampu membahagiakan mereka dan menjadi anak solehah. amin
Delete