Nama diberi oleh insan yang paling saya hormati dan sayangi dengan izin Allah ialah Nur Hidayah binti Waad. Dilahirkan di Segamat, Johor dan dibesarkan di Gemas, Negeri Sembilan. Kini saya melanjutkan pelajaran dalam bidang Perakaunan di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dilahirkan sebagai anak sulung membuatkan saya sedikit berdikari dan tumbuh besar menghargai insan sekeliling. Blog ini dibuat untuk memenuhi kursus LMCR2153 HAK ASASI MANUSIA yang saya ambil pada semester 1 sesi 206/2017 ini dan pensyarah penilai saya ialah Encik Mohamad bin Taha,
Namun, melalui penulisan blog ini telah banyak membuka mata saya tentang pelbagai hak manusia yang kian di pandang mudah. Saya lebih banyak membaca kerana ia adalah keperluan untuk saya terus menulis. Seterusnya saya dapati, rupanya masih banyak hak yang kita tidak ketahui. Apabila tidak ketahui mana mungkin kita mempertahankannya. Maka semakin ramai juga yang akan mengambilkan kesempatan terhadap hak individu lain.
Melalui penulisan ini juga, saya menemui ramai insan hebat yang berusaha mempertahankan haknya dan hak orang sekeliling seperti ibu zain yang membuka mata masyarakat tentang hak pendidikan untuk wanita dan Rana Abdelhamid yang menganjurkan Women's Initiative for Self Empowerment (WISE) untuk memberi kesedaran kepentingan mempertahankan diri kepada wanita. Saya juga berharap saya dapat terus berkhidmat pada masyarakat dan bersyukur kerana saya berpeluang bertemu dengan kanak-kanak Rohingya di Serdang, orang Filipina di Sabah dan orang asli. Semoga kesempatan ini akan terus kita semua raih bersama. Kita perlu melihat ke bawah selalu, supaya kita tidak selesa dengan kedudukan kita, kerana kita tidak akan sentiasa di atas. Hidup kitakan ibarat roda. Biasa dengar? saya pun biasa dengar.
No comments:
Post a Comment