Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari psaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya. Manakala, hak pengguna ialah satu bentuk peraturan yang dibuat oleh kerajaan bagi melindungi hak serta kepentingan para pengguna, misalnya penjual-penjual diwajibkan menunjukkan tanda harga sebagai tanda pemberitahuan kepada pengguna.
Menurut Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terdapat 8 hak asasi pengguna telah diterima secara universal.
Namun, kebanyakan pengguna sering kali tidak mendapatkan haknya melainkan mereka mengetahui apakah hak-hak sebagai pengguna, menuntut hak-hak tersebut daripada pihak yang wajar memberikannya dan memainkan tanggungjawab dan peranan mereka serta berusaha mendapatkan hak-hak itu. Oleh sebab itu, pengguna sering ditipu dari segi
a) penipuan perkhidmatan
b) penipuan harga
c) penipuan transaksi internet
d) jualan bahan petroleum
e) tiada tanda harga
g) bengkel kenderaan bermotor
h) penipuan gores dan menang
i) penipuan perjanjian sewa beli dan macam-macam lagi.
Malah, kebanyakan pengguna juga tidak mengetahui tentang institusi dan peranan perlindungan pengguna yang berfungsi untuk melindungi kepentingan mereka seperti
a) Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
b) Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
c) Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan (MHEPK)
d) Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK)
e) Agensi-agensi Kerajaan
f) Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri dan Daerah
g) Persatuan Pengguna
Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga dan kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga, pengguna boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:
a) Talian bebas tol (1-800-886-800)
b) Portal Rasmi : http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/
Aduan pengguna boleh dibuat melalui telefon, laman web, surat atau hadir (walk-in) ke Pusat Aduan Pengguna (PPAP)
Kesimpulannya, sebagai pengguna, kita perlu mengetahui hak-hak yang kita miliki supaya tiada pihak yang boleh mengambil kesempatan sewenangnya. Selain itu, kita perlu mengetahui institusi yang boleh membantu kita sekiranya ada pihak yang membuat penipuan dan serterusnya cara membuat aduan.
Saya berpendapat bahawa kebanyakan rakyat Malaysia tiada mengetahui mengenai hak pengguna yang ada, mereka tidak mengetahui dengan lebih jelas bagaimana untuk hak sebagai pengguna. Oleh itu, pihak yang berwajib perlulah mengambil langkah dengan membuat lebih banyak kempen untuk mengwar warkan mengenai hak pengguna di Malaysia. - Nurazira Ahmad Moazan
ReplyDeleteTerima kasih atas prkongsian berkenaan hak kita sebagai pengguna. Terdapat beberapa hak yang sudah digariskan oleh pihak berkuasa berkenaan hak seorang pengguna. Namun, kita sendiri sebagai seorang pengguna tidak peka akan isu tersebut. Sekiranya masyarakat peka akan hak yang mereka miliki, maka tidak akan ada penipuan dalam aktiviti jual beli. Oleh itu, sebagai pengguna bijak kira hendaklah kenal hak yg kita perolehi.
ReplyDeleteSatu perkongsian yang menarik...teruskan berkongsi
ReplyDeleteMaklumat yang berguna...
ReplyDelete