Wednesday, January 18, 2017

NUKILAN DIRI


Nama diberi oleh insan yang paling saya hormati dan sayangi dengan izin Allah ialah Nur Hidayah binti Waad. Dilahirkan di Segamat, Johor dan dibesarkan di Gemas, Negeri Sembilan. Kini saya melanjutkan pelajaran dalam bidang Perakaunan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dilahirkan sebagai anak sulung membuatkan saya sedikit berdikari dan tumbuh besar menghargai insan sekeliling. Blog ini dibuat untuk memenuhi kursus LMCR2153 HAK ASASI MANUSIA yang saya ambil pada semester 1 sesi 206/2017 ini dan pensyarah penilai saya ialah Encik Mohamad bin Taha,
Namun, melalui penulisan blog ini telah banyak membuka mata saya tentang pelbagai hak manusia yang kian di pandang mudah. Saya lebih banyak membaca kerana ia adalah keperluan untuk saya terus menulis. Seterusnya saya dapati, rupanya masih banyak hak yang kita tidak ketahui. Apabila tidak ketahui mana mungkin kita mempertahankannya. Maka semakin ramai juga yang akan mengambilkan kesempatan terhadap hak individu lain.

Melalui penulisan ini juga, saya menemui ramai insan hebat yang berusaha mempertahankan haknya dan hak orang sekeliling seperti ibu zain yang membuka mata masyarakat tentang hak pendidikan untuk wanita dan Rana Abdelhamid yang menganjurkan Women's Initiative for Self Empowerment (WISE) untuk memberi kesedaran kepentingan mempertahankan diri kepada wanita. Saya juga berharap saya dapat terus berkhidmat pada masyarakat dan bersyukur kerana saya berpeluang bertemu dengan kanak-kanak Rohingya di Serdang, orang Filipina di Sabah dan orang asli. Semoga kesempatan ini akan terus kita semua raih bersama. Kita perlu melihat ke bawah selalu, supaya kita tidak selesa dengan kedudukan kita, kerana kita tidak akan sentiasa di atas. Hidup kitakan ibarat roda. Biasa dengar? saya pun biasa dengar.




HUMAN RIGHTS-DEFINISI


     HAK ASASI MANUSIA? Entry ini sepatutnya menjadi pembukaan tetapi menjadi yang terakhir tetapi saya masih berharap semoga ia tidak terlewat. Hak manusia di definisikan dengan pelbagai pengertian oleh setiap individu. 

    Bagi Rhoda E. Howard, seorang sosiologist, beliau mendefinasikan hak asasi manusia sebagai hak-hak yang diperoleh kerana seseorang itu ialah manusia. Hak asasi manusia juga menurutnya dikenali sebagai hak individu. Maka semua manusia mempunyai hak asasi manusia secara sama rata tanpa mengira bangsa, jantina dan agama.

  Henkin (1989) menyatakan hak bahawa idea hak asasi manusia yang berkaitan tetapi bukan persamaan. Ia adalah idea politik dengan asas moral yang mentakrifkan hubungan yang perlu wujud antara individu dengan masyarakat.

     Buergenthal (1988) mendefiniskan hak asasi manusia dengan merujuk kepada undang-undang yang mengawal hak asasi manusia. Beliau merujuk kepada undang-undang yang berkaitan perlindungan individu dan kumpulan terhadap pelanggaran oleh kerajaan.

    Bagi pelajar undang-undang, berbeza dengan aktivis politik, hak-hak asasi bagi mereka ialah perkara yang diisytiharkan dalam dokumen undang-undang iaitu perlembagaan atau perjanjian yang dilindungi oleh mahkamah perlembagaan atau badan kehakiman. Hak asasi manusia masih mampu untuk menjadi asas dan universal, serta masih mempunyai hubungan dengan tradisi undang-undang semula jadi.

   Hak asasi manusia menurut Islam pula dasarnya ialah keadilan yang ditegakkan atas dasar persamaan. Adil dalam islam ialah adil pada tempatnya. Berbeza definisi melambangkan perbezaan mengertian dari sudut pandangan setiap manusia. Kita semua berbeza. Namun bagaimana untuk kita hidup dalam perbezaan itu adalah hal yang lebih penting. Saling memahami dan menghormati adalah tunjang kepada kesejahteraan kehidupan. 

IF IT'S UNWANTED, IT'S HARASSMENT - GANGGUAN SEKSUAL

    Gangguan Seksual seolah-olah sinonim dengan wanita, namun hakikatnya gangguan seksual bukan hanya terjadi kepada wanita tetapi kebanyakannya wanita. Gangguan seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina, paras rupa, usia, agama, bangsa atau warna kulit. 

    Namun, apa itu gangguan seksual? Adakah bersentuhan antara berlainan jantina itu gangguan seksual? Gangguan seksual adalah perlakuan yang tidak boleh diterima atau tidak direlakan oleh mangsa secara berulang di mana gangguan/perlakuan tersebut boleh mendatangkan malu, menjatuhkan maruah mangsa dan meletakkan mangsa dalam keadaan tidak selesa atau dalam kata lain if it is unwanted, it is harassment. 

Antara perlakuan yang merupakan gangguan seksual ialah: 
* Teguran seksual
* Perbuatan yang dilakukan secara fizikal seperti menyentuh
* Verbal (dengan kata) seperti ucapan lucah
* Non verbal (bukan kata-kata) seperti gerak isyarat
* Perilaku seksual seperti meraba, memeluk

     Gangguan seksual biasanya meninggalkan kesan psikologi kepada mangsa seperti rasa rendah diri, sering menyalahkan diri sendiri dan berisiko mengalami penyakit neurosis termasuk fobia. Mangsa juga mengalami sindrom pening, muntah-muntah, tiada selera makaln dan tidak boleh tidur akibat terlalu memikirkan masalah gangguan seksual yang dialaminya. Malah jika mangsa terus berdiam diri,, dan tidak dirawat, kemungkinan mangsa boleh mengalami sakit mental. 

     Maka, langkah pencegahan perlu di ambil. Namun sebelum saya menjelaskan berkaitan langkah pencegahan, setiap apa yang berlaku yang meninggalkan impak yang besar dalam diri individu juga pasti mempunyai puncanya, misalnya pemakaian seseorang yang terlalu seksi atau menjolok mata tetapi bukanlah niat saya untuk menyatakan semua gangguan seksual berpunca daripada itu, Namun mencegah adalah lebih baik. Antara tindakan pencegahan yang boleh dilakukan oleh individu ialah :
a) Elakkan berkomunikasi dengan pelaku atau elakkan terserempak sedaya mungkin.
b) Berterus terang dengan pelaku yang anda tidak suka dengan perlakuannya secara tegas
c) Bercakap kuat bagi mendapat perhatian orang sekeliling dan ini akan menyebabkan pelaku menjadi malu sendiri. 

    Sekiranya gangguan seksual ini terjadi maka jangan ketepikan masalah ini. Hal ini kerana tindakan mengetepikan tindakan ini seolah-olah mangsa bersetuju dengan tindakan itu. Selain itu, jangan berdiam diri. Anda perlu dapatkan sokongan moral dengan bercerita atau berbincang dengan ahli keluarga atau orang yang anda percayai. Simpan rekod kejadian seperti masa, tempat, tarikh kejadian, kekerapan kejadian dan rekod lain yang dirasakan perlu. Seterusnya, dapatkan bantuan orang ramai atau pertubuhan seperti JPM ada rakan AKRAB, Kelab Kebajikan untuk berbincang dan meminta bantu, di samping memberi sokongan moral kepada anda.

    Usah takut lagi, keluarlah dari zon kerisauan, negara kita mempunyai undang-undang dan gangguan seksual merupakan bentuk kesalahan jenayah yang boleh diletakkan di bawah Kanun Keseksaan, malah hukuman yang diperuntukan di bawah kesalahan ini ialah penjara, denda dan sebatan jika sabit kesalahan. Antara seksyen yang boleh mendakwa seseorang atas kesalahan seksual walaupun tidak meletakkan terma "gangguan seksual" ialah:
a) Seksyen 509 – melibatkan kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang termasuklah mengucapkan apa jua benda (perkataan, bunyi atau isyarat) dan menceroboh ketenteraman peribadi seseorang atau mempamerkan objek yang boleh menjatuhkan kehormatannya. 
b) Seksyen 354 – kesalahan yang melibatkan kekerasan jenayah ke atas mangsa bagi tujuan dan dengan niat mencabul kehormatan mangsa. 
c) Seksyen 355 – memperuntukkan kesalahan yang melibatkan kekerasan jenayah ke atas mangsa bagi tujuan menjatuhkan maruah mangsa.



    Kesimpulannya, hak untuk mendapatkan ketenangan adalah hak setiap individu. Justeru itu, sekiranya terjadi gangguan atau perlakuan yang tidak boleh diterima atau tidak direlaka, maka kita mempunyai hak untuk melaporkannya kepada pihak yang bertanggungjawab. Hal ini kerana, Malaysia mempunyai undang-undang yang boleh mendakwa jika seseorang itu didapati bersalah dan sebagai mangsa, anda berhak untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan jangan biarkan jiwa anda terseksa dengan perbuatan orang lain kerana anda bukan individu yang perlu menanggung semua tekanan ini. Semoga kita semua sentiasa dalam jagaan pencipta. 

Tuesday, January 17, 2017

HAK PENGGUNA

PENGGUNA? APA HAK ANDA?

    Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari psaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya. Manakala, hak pengguna ialah satu bentuk peraturan yang dibuat oleh kerajaan bagi melindungi hak serta kepentingan para pengguna, misalnya penjual-penjual diwajibkan menunjukkan tanda harga sebagai tanda pemberitahuan kepada pengguna.

    Menurut Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terdapat 8 hak asasi pengguna telah diterima secara universal.

     Namun, kebanyakan pengguna sering kali tidak mendapatkan haknya melainkan mereka mengetahui apakah hak-hak sebagai pengguna, menuntut hak-hak tersebut daripada pihak yang wajar memberikannya dan memainkan tanggungjawab dan peranan mereka serta berusaha mendapatkan hak-hak itu. Oleh sebab itu, pengguna sering ditipu dari segi 
a)  penipuan perkhidmatan
b) penipuan harga
c) penipuan transaksi internet
d) jualan bahan petroleum
e) tiada tanda harga
g) bengkel kenderaan bermotor
h) penipuan gores dan menang
i) penipuan perjanjian sewa beli dan macam-macam lagi. 

  Malah, kebanyakan pengguna juga tidak mengetahui tentang institusi dan peranan perlindungan pengguna yang berfungsi untuk melindungi kepentingan mereka seperti 
a) Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
b) Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
c) Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan (MHEPK)
d) Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK)
e) Agensi-agensi Kerajaan
f) Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri dan Daerah
g) Persatuan Pengguna

Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga dan kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga, pengguna boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:
a) Talian bebas tol (1-800-886-800)
b) Portal Rasmi : http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/ 
Aduan pengguna boleh dibuat melalui telefon, laman web, surat atau hadir (walk-in) ke Pusat Aduan Pengguna (PPAP)

    Kesimpulannya, sebagai pengguna, kita perlu mengetahui hak-hak yang kita miliki supaya tiada pihak yang boleh mengambil kesempatan sewenangnya. Selain itu, kita perlu mengetahui institusi yang boleh membantu kita sekiranya ada pihak yang membuat penipuan dan serterusnya cara membuat aduan.

Monday, January 16, 2017

HAK IBU BAPA KEPADA ANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti yang dijanji hari ini saya sambung lagi beberapa hak ibu bapa kepada anak.    

      Setiap anak yang lahir ke dunia ini juga punyai hak yang perlu ditunaikan oleh ibu bapanya. Dunia ini sebuah kehidupan yang saling memerlukan. Anak memerlukan ibu bapa untuk terus menjalani kehidupannya, sebagaimana ibu bapa menginginkan dan mempunyai harapan yang besar buat setiap anak yang lahir dari rahimnya untuk mereka terus hidup bahagia. Maka apabila lahirnya setiap anak dari segumpal darah maka bermulalah tanggujawab ibu bapa kepada anak, bahkan ada tanggungjawab yang mungkin bermula ketika masih di rahim lagi. 

     Hak utama seorang anak ialah hak untuk hidup yang telah saya bincangkan dalam entry sebelum ini (stop illegal abortion). Maka kali ini saya tidak berniat untuk menyentuh lagi. Hak kedua ialah hak untuk mendapat nama yang baik. Nama yang baik ibarat doa buat anak supaya memiliki peribadi yang baik sesuai dengan nama yang diberi kepadanya. Seterusnya, hak menerima air susu ibu selama dua tahun, bersuaian dengan firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 233. 


     Hak keempat ialah hak mendapatkan pendidikan melalui pendidikan formal di sekolah mahupun mendidikan tidak formal di rumah serta mendidikan agama. Semuanya, amat penting dalam membentuk keperibadian anak dan kemampuan otaknya untuk berfikir dengan cerdas. Hak kelima ialah, hak mendapat makanan dan minuman yang baik iaitu yang halal kerana makanan akan membentuk minda, rohani dan peribadi anak. Hak keenam, ialah hak untuk dipelihara kesihatnya. Anak berhak untuk diberi rawatan dan layanan jika dia didapati tidak sihat kerana kesihatan mempengaruhi tumbesaran anak. 

     Hak ketujuk ialah hak mendapatkan kasih sayang. Pentingnya kasih sayang kerana ia mampu membentuk karakter anak dan melihat kehidupan dengan kebaikan. Anak yang mendapat kasih sayang cenderung untuk bersifat lemah-lembut, menghormati orang lain dan lebih berani menghadapi kehidupannya. Hak kelapan ialah hak untuk bermain. Lumrah kanak-kanak suka bermain, maka keizinan dan galakan untuk bermain menjadikan anak lebih kretif dan meningkatkan kepintarannya. Hak yang terakhir ialah hak untuk mendapatkan perlindungan. Perlindungan merangkumi melindungi anak dari pengaruh tidak sihat, penyakit, dan kelaparan. 

     Namun, bagi saya, dalam memberi hak dan tanggungjawab kepada anak-anak perlu sentiasa berpada kerana setiap sesuatu yang berlebihan akan mendatang kesan negatif kepada penerima dan pemberi. 

Sunday, January 15, 2017

STOP ILLEGAL ABORTION - HAK IBU BAPA KEPADA ANAK


     PENGGUGURAN? Adakah ia satu kemahuan? Jika ia adalah kemahuan tanpa alasan yang kukuh seperti bukan untuk tujuan kesihatan atau dikenali sebagai pengguguran haram, maka sila hentikan. Membunuh nyawa yang hidup di dalam rahim anda adalah satu bentuk kezaliman. Zalim dan berdosa, malah saya yakin semua agama melarangnya. 

     Namun, setiap individu yang melakukanya pasti punya alasan cuma mungkin tidak memuaskan kefahaman saya yang tetap kukuh tidak bersetuju dengan tindakan ini kecuali jika ia untuk kebaikan kesihatan seorang ibu. Bagaimana seorang anak itu boleh di ambil nyawanya begitu sahaja, sedangkan nyawa ini milik sang Pencipta. Apabila hadirnya segumpal darah di dalam rahim, maka anak tersebut mempunyai hak untuk hidup. Anak itu berhak untuk menjalani kehidupannya, dan sebagai ibu bapa menjadi tanggungjawab untuk mengajar dan membimbing anak agar tidak salah dalam memilih jalan hidupnya. Sayangilah nyawa kecil ini kerana dia berhak untuk tumbuh besar seperti rakannya. GIVE YOUR LOVE, DON'T DETROY OUR LOVE. Jika kita berani memusnahkan sebuah kasih sayang, jangan lagi kita bermimpi untuk memiliki kasih sayang itu lagi kerana yang bakal tinggal nanti hanya penyesalan. 


    Nantikan entry seterusnya yang juga berkaitan hak ibu bapa kepada anak tetapi lebih lebih banyak isinya. InshaAllah. Jumpa nanti.

TELL ME WHY - Pembuka entry Hak ibu bapa kepada anak


Tell Me Why Lyrics

In my dream, children sing
A song of love for every boy and girl
The sky is blue and fields are green
And laughter is the language of the world
Then i wake and all i see
Is a world full of people in need

Chorus:
Tell me why(why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something i have missed?
Tell me why (why) cos i don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why?

Everyday i ask myself
What will i have to do to be a man?
Do i have to stand and fight
To prove to everybody who i am?
Is that what my life is for
To waste in a world full of war?

Chorus:
Tell me why(why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something i have missed?
Tell me why (why) cos i don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why?

Chorus:
(children)tell me why?(declan)tell me why?
(children)tell me why?(declan)tell me why?
(together) just tell me why, why, why?

Chorus:
Tell me why(why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something i have missed?
Tell me why (why) cos i don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why?

Chorus:
Tell me why (why,why,does the tiger run)
Tell me why(why why do we shoot the gun)
Tell me why (why,why do we never learn)
Can someone tell us why we let the forest burn?
(why,why do we say we care)
Tell me why(why,why do we stand and stare)
Tell me why(why,why do the dolphins cry)
Can some one tell us why we let the ocean die?
(why,why if we're all the same)
Tell me why(why,why do we pass the blame)
Tell me why (why,why does it never end)
Can some one tell us why we cannot just be friends?
Why,why



     Pada pendapat saya, lagu ini mendalami perasaan kanak-kanak kini yang cuba ingin memahami mengapa keadaan dunia di sekelilingnya seperti sekarang. Kanak-kanak ini cuba memahami apa yang sedang terjadi dan ingin mengetahui sebab ia terjadi. Kenapa dan mengapa berlaku banyak kerosakan pada bumi ini dan manusia saling tidak menjaga hak di antara mereka. Mengapa manusia sekeliling tidak saling menghargai, berkasih sayang dan bersahabat, maka tidak wujud peperangan, penindasan dan kerosakan. Mengapa seluruh isi dunia tidak saling menjaga hak yang mereka miliki. Hak untuk hidup dengan aman dan hak untuk mencorak masa depan sendiri. 
     
       
       Kanak-kanak ini keliru. Mereka perlu pengertian sedangkan mereka adalah masa depan negara, mereka perlu dibentuk dan diacu sebaiknya Maka, peranan ibu bapa, guru dan masyarakat dalam mencorak alur pemikiran mereka. Mereka bertindak berdasarkan apa yang diajari, didengar dan dilihat. Oleh itu, bantu mereka, bantu kanak-kanak ini untuk melihat dunia dengan pandangan yang baik agar tindakan mereka kelak seiring dengan pendidikan melalui penglihatan kehidupan yang baik. 

Monday, January 9, 2017

HAK ANAK TERHADAP IBU BAPA

Saya kongsikan hak ibu bapa yang wajib dipenuhi oleh anak-anaknya berdasarkan pembacaan yang tak seberapa ni dan diakhirnya nanti saya masukkan video doa untuk ibu bapa oleh Ustaz Mohammad Rozie. 

1. Taat kepada orang tua -
Seorang anak wajib mentaati perintah ibu bapa selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam. 
“Tidak ada ketaatan dalam mendurhakai Allah. Sesungguhnya ketaatan itu ada hanya di dalam melakukan kebaikan.” (HR. Bukhari)

2. Segera datang jika dipanggil - ia adalah cara menghormati orang tua 

3. Menafkahi dan memenuhi keperluan orang tua jika mampu
Kunci keberkatan rezeki bila kita berkongsi apa yang kita miliki bersama orang tua kita.

4. Merawat orang tua
Berbakti kepada mereka kerana kita yang terpilih sedangkan masih ramai yang mengharapkan agar mereka diberi kesempatan dan peluang untuk menjaga orang tuanya, 

5. Berbicara dengan lemah lembut - cara menghargai orang tua kita

6. Menghormati orang tua - cara kita menjaga perasaan mereka. 

7. Menjauhkan hal yang tidak disukai orang tua - agar kita sentiasa mendapat redha mereka.
Keredhaan Tuhan berada pada keredhaan Ibu-bapa dan kemurkaan Tuhan berada pada kemurkaan ibu-bapa” (Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dan al-Hakim dari ‘Abdullah bin ‘Amru r.a.. Menurut as-Suyuti; hadis ini adalah soheh. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4456).


8. Meminta izin dan restu dari orang tua.
Sabda Nabi SAW; “Jagalah kedua ibu-bapamu kerana Syurga di bawah kaki kedua mereka” (Hadis riwayat Imam at-Thabrani dengan sanad yang baik. Lihat; al-Muntaqa, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hadis no. 1475).

9. Menjaga nama baik dan amanat orang tua dengan menghindari perilaku yang tidak baik.

10. Mendoakan orang tua. 
by Ustaz Mohammad Rozie bin Mohd Rejab


TANAH ADAT HAK ORANG ASLI



sumber: https://www.roketkini.com/2016/10/13/orang-asli-temiar-mahu-pembalak-bawa-keluar-semua-jentera-pekerja/

       Masyarakat orang asli Temiar, Gua Musang, Kelantan membantah tindakan pembalakan oleh pembalak yang diberi lesen oleh kerajaan negeri Kelantan. Bagi penduduk orang asli ini, hutan merupakan punca pendapatan, sumber makanan, dan sumber ubat mereka. Namun kita banyak kawasan yang telah terjejas akibat pembalakan ini terutamanya di Pos Gob dan Pos Bering berada di Blockade Simpang Petei Pos Tohoi. 



         Menurut Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas hakim, menduduki tanah untuk selama beberapa tempoh generasi ialah tanggapan kuat dan hampir tidak boleh disangkal yang mereka memegang hak itu, Sekiranya benar tanah yang diceroboh adalah tanah adat orang asli maka mereka mempunyai hak ke atas tanah tersebut tetapi mereka sepatutnya membayar cukai yang akan menjadi pendapatan kepada kerajaan, namun sekiranya keinginan kerajaan mengambil tanah tersebut adalah sepautnya dengan memberi pampasan yang sewajarnya kepada mereka. Dalam ingin mengejar pembangunan jangan sampai kita menafikan hak yang sepatutnya dimiliki oleh orang lain. Sejujurnya saya naif berkaitan undang-undang dalam isu ini. Namun, sekiranya tanah tersebut merupakan tanah pajakan yang diberikan kepada penduduk orang asli ia adalah terikat untuk satu tempoh tertentu.

JASA BONDA - PEMBUKA ENTRY HAK ANAK TERHADAP IBU BAPA



JASA BONDA

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

                                                            Jasa bonda-warisan

      Di saat kita semakin dewasa, ibu semakin menginjak usia senja. Detik itu pasti akan tiba jua. Namun, bagaimana kita melayan dan memberi hak yang sepatutnya terhadap mereka adalah perkara yang paling penting. Saban hari, tubuh kita yang dulunya kecil kini telah besar, malah lebih besar dari ibunya. Namun sedarkah kita, tanggungjawab kita kepada mereka juga semakin besar. Hak mereka sebagai ibu bapa kita, tidak boleh kita nafikan sebagai mana mereka tidak pernah terkurang walau sedikitpun mencurahkan kasih sayang dan bakti keringat.

     Sayangi ibu bapa kita sebagai mana mereka menyayangi kita. sayang mereka tanpa syarat dan takpa sebab. Sayangi mereka dari hati yang sangat dalam hingga saat mereka tiada ketidakhadiran itu sungguh terasa. air mata mengalir laju dan isi alam seperti mengerti ibu wanita yang terlalu banyak berkorban. namun, kasi ibu sama sehebat kasih ayahmu. terima kasih ayah ibu.

Jom doa:
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil.

Nanti saya kongsikan tanggungjawab dan hak anak terhadap ibu bapa ye. Jumpa esok inshaAllah. 

HAK KEADILAN MELALUI LAGU DI PALANG INI




DI PALANG INI



Di kamar gelap Aku melukis
Di kamar gelap Gambar isteri
Di kamar gelap Gambar misteri
Di kamar gelap Menyendiri
Di samar gelap Ayah dan ibu
Di samar gelap Anak di rindu
Di samar gelap Kesudahanku
Di samar gelap Tersendiri

Chorus:

Tolonglah bilang Apa salahku
Apakah bukti kesalahanku
Tolong jelaskan Apakah dosaku
Apakah erti menghukumku
Hakim yang tiada Bukti yang di reka
Apakah ini keadilan, oh Ilahi

Tuhanku
Kau tunjukkkanlah cahaya
Berikanlah sejalur harap padaku
Yang pasrah di haribaanMU
Di palang ini Aku tersaksi Tangisan anak & doa isteri
Di palang ini Aku di rampas Sebuah maruah dan harga diri
Di malam ini Aku menolak di malam ini aku mengharap
Setiap ehsan dari kuasa Yang Maha Besar Maha Menyaksi



     Berdasarkan lirik lagu "Di Palang ini" , hak individu tersebut telah dirampas apabila dia disumbatkan ke dalam penjara dan tidak mendapatkan keadilan yang sapatutnya. Keadilan untuk mengetahui atas kesalahan apa dia disumbatkan ke dalam 'palang ini'. Sedangkan hak untuk mempertahankan diri wajar diperoleh. Hak untuk mendapatkan peguam bagi mewakili dirinya. Hak untuk mendapatkan hakim yang adil dan memberi keputusan yang adil. Namun hak tersebut telah dinafikan maka individu ini kehilangan lebih banyak hak yang wajar dinikmati sebagai manusia, misalnya hak individu ini untuk menikmati kebahagian bersama keluarga. Hak seorang bapa untuk membesarkan anaknya, serta hak terhadap orang tua dan isterinya.


PEMBUNUHAN DIRANCANG, DI MANA NILAI KEHIDUPAN?


WIKILEAKS collateral murder



    Berdasarkan video, terdapat bukti wujudnya kepalsuan maklumat apabila serangan yang dilakukan oleh askar US kepada penduduk Iraq di kawasan Baghdad sehingga menyebabkan 12 orang mati dan 2 kanak-kanak cedera tidak diakui. US bukan sahaja tidak mengakui bersalah dengan menyatakan serangan ini bukan salah askar US dengan sebab mereka hanya menyerang golongan yg menentang kerajaan. Namun hakikatnya, sebenarnya sudah menyasarkan untuk membunuh penduduk Iraq. Walaubagaimanapun, kepalsuan maklumat yang wujud telah dihidu dan menyebabkan penduduk Iraq meminta bukti rakaman kejadian jenayah itu. Ini merupakan hak penduduk Iraq untuk bebas mendapatkan maklumat.

    Pengabaian hak seterusnya ialah hak untuk mendapatkan rawatan. 2 orang kanak-kanak  yang cedera tidak mendapat hak menerima rawatan yang sepatutnya diperoleh kerana pihak atas Iraq yang enggan menghantar kanak-kanak tersebut ke klinik yang lebih baik. Askar Iraq yang telah menjumpai 2 orang kanak-kanak yang cedera dalam van mini dan ingin menghantar mereka ke pusat rawatan yang berdekatan dengan tapak US namun pihak atasan telah mengarahkan kanak-kanak tersebut dihantar ke balai polis Iraq dan kemudian ke pusat rawatan Iraq yang mana standard rawatan adalah lemah dan rawatan yang mungkin ditangguhkan.

     Mangsa peperangan ialah 12 orang  yang terkorban yang antaranya ialah pekerja baru Reuters, Saeed Chmagh dan Namir Noor-Eldeen. Saeed merupakan pemandu dan pembantu Reuters, manakala Namir ialah juru kamera peperangan terbaik di Iraq.

    Peperangan telah menghapuskan hak individu untuk hidup dengan aman di negara yang mereka diami dan ini tidak seharusnya berlaku demi kepentingan sejagat.

Sunday, January 8, 2017

MEMAKAI KAIN LABUH HITAM SATU KESALAHAN DI PERANCIS

PERANCIS MEMBANTAH TINDAKAN PELAJAR PEREMPUAN MUSLIM MENGGUNAKAN KAIN LABUH HITAM.




     Hak asasi manusia ialah keperluan asas untuk kesejahteraan seseorang manusia. Hak asasi ialah hak yang dimiliki oleh seseorang individu disebabkan ia dilahirkan sebagai seorang manusia. Hak asasi menjadi teras kepada kebebasan, keadilan, keharmonian , keamanan dan ketenteraman hidup di bumi ini. Pelanggaran hak asasi manuasia ini seolah-olah telah melanggar hukum alam.

     Berdasarkan artikel  "France outcry over Muslim schoolgirl's skirt ban", bantahan Perancis pada mulanya adalah berkaitan pemakaian tudung oleh perempuan dan bantahan itu berjaya apabila pelajar-pelajar mula menanggalkan tudungnya. Perancis kemudiannya telah membantah pemakaian skirt panjang oleh perempuan dan melarang lelaki menyimpan janggut.

     Perancis menghadapi tindak balas apabila seorang pelajar, Sarah yang memakai skirt hitam panjang dihantar pulang ke rumah dan tidak dibenarkan belajar kerana dianggap berpakaian melambangkan agama dan ini melanggar peraturan undang-undang 2004 . Walaupun Sarah menafikan bahawa dia sebenarnya tidak berpakaian melambangkan agama kerana dia hanya berpakaian seperti mana yang dia mahukan.

  Teknologi canggih kini, membolehkan isu ini telah tersebar sehingga diketahui global dan islamophobia menjadi isu hanyat di serata dunia.  Pada tahun  2011, Perancis menjadi negara eropah pertama melarang pemakaian purdah di tempat awam. Kebanyakan penduduk termasuk muslim bersetuju dengan kerajaan apabila ia mengatakan bahawa purdah merupakan satu penghinaan kepada nilai-nilai kemasyarakatan. Namun, masyarakat luar Perancis mengkritik kerana beranggapan  ia adalah kegaganasan terhadap hak politik individu atau dalam kata lain melanggar kebebasan individu.

   Pada pendapat saya, Perancis tidak sedikitpun memberi kebebasan kepada penduduknya untuk menentukan gaya hidup yang mereka mahukan. Tindakan seorang pelajar bernama Sarah yang memakai skirt hitam panjang tidak langsung melambangkan agama yang dianutinya tetapi ia adalah atas dasar kebebasan dalam pemakaian dan bagaimana Sarah ingin dipandang oleh masyarakat sekelilingnya. Maka, tindakan menghantar balik Sarah ke rumah dan menyekatnya untuk mendapatkan pendidikan adalah tidak wajar. Hal ini kerana, sebagai seorang remaja, Sarah berhak untuk mendapatkan pendidikan yang sewajarnya.